Hello. Entry percutian ke Hong Kong masih berlangsung. Kawan yang kononnya nak cilok itineraries siap dah balik dari Hong Kong. Tuan tanah masih terhegeh hegeh nak buat entry. Bertabahlah.
5th November 2014 - Rabu. Kami tetap putuskan untuk keluar awal juga since duk baca blog orang kabo tempat yang kami bakal pergi tu pun akan sesak juga. So lepas breakfast di bilik kami memulakan perjalanan kami untuk ke Ngong Ping 360.
Dari station Tung Chung tu kita kena jalan sikit untuk ke cable car station tapi ada map besar provided station tu. By the way, kat sini ada CityGate Outlets. Shopping mall tapi ala ala Factory Outlets kat JPO tu. Dengar cerita boleh meroyan juga kalau singgah.
Oleh kerana kami pergi pun pagi lagi, mall ni pun belum buka. So kitorang terus ke station cable car. Masa ni mujur jugak dah beli tiket. Queue untuk beli tiket pun boleh tahan ramainya. Tapi luckily kitorang hanya perlu beratur kat satu lane untuk collect gelang dia since kami dah beli ticket sesiap. Tapi agak tak paham gak masa ni diorang perlukan passport from each of us. Lepas tu kami terus boleh beratur naik cable car.
Okay, kenapa nak naik cable car ni? Ada apa kat atas tu? Cable car ni sebenarnya menghubungkan dari Tung Chung dengan Lantau Island. Ada apa kat Lantau Island? Kalau untuk Buddhist (mostly) ada Tian Tan Buddha Statue & pulau ni boleh dikategorikan sebagai kawasan yang terjaga dengan hutan asli dan kurang pembangunan. So kira udara kat sini bersih lah. Pulau ni jugak merupakan pulau terbesar di Hong Kong & 2 kali ganda tingginya dari Victoria Peak. Ada juga pengunjung memang plan datang semata untuk tengok sunset. Romantik gituh. Untuk tuan tanah pulak hanyalah sekadar: Lokasi Running Man. LOL
Ada 3 jenis cabin untuk korang pilih untuk naik ke atas. Ada jenis Standard, Crystal, Private. And of course with a different prices lah. Kami pulak dengan eksyennya beli Crystal Cabin untuk return.
**gambar ihsan orang se-cable tolong amikkan**
Kenapa cakap eksyen? Sebab cabin ni fully glass. Sepanjang 5.7km ni Kakjem debar okayyyyyy. Konon nak feel the magic of the boundless sea & the rolling grassland right underneath your feet (bak kata dalam website dia) I froze all the way!
Despite sebenarnya ada lagi 1 american couple & 1 korean couple, Ms L tetap gigih nak duduk. Agak krik krik krik moment sikit la kan sebab 2 couples tu memang macam takde perasaan. Tak macam kami yang duk snap gambar sana sini. oh yes korean couple tu buat Mimi & I sengih lebih teringat kampung halaman ^o^
Booth ni boleh buat face painting. Teringin nak buat since boleh basuh je pakai air kan. Dan ni lah hasilnya untuk Mimi & I.
Motif sangat kan mine looked like Buzz Lightyear versi David Arumugam. Dasar double standard sangat. Mentanglah lengan tangan melebar. Dia pun lukis melebar. Huh!
Belum jalan jalan lagi, kitorang dah nampak restoran makanan halal. Memang tak payah bincang bincang, terus masuk.
Restoran ni self service. U order kat kaunter & bayar. Nanti dia akan beri nombor. Once makanan dah siap, dia akan panggil nombor tu untuk korang ambil kat kaunter. Prices were a bit pricey tapi tak boleh challenge nasi beriyani kat The Venetian lah. Tapi tak bohong, SEDAP GILA!
2 from 4 menu yang kitorang order. Nasi beriyani dia memang sedap. Memang kena dekat tekak tuan. Memang cover segala amarah drama yang melanda sepanjang kat sana tau.
While waiting Ms L & Ms N beli souvenirs. Ada orang tu macam kena sugar rush. Tak berhenti duduk diam. Bajet posing Gary la tu kan.
I think after 3 hours spent kat atas tu, kitorang turun balik. Luckily memang cabin tu kitorang berempat je. Jadi semua memang dah buat harta sendiri lah.
Percayalah. Ini je masa ni mampu buat. Memang kalah la dengan DJ berjaya gagahkan diri duduk kat bawah ni. Gerun mak noksss. Duk pk macam macam sangat. Siap Mimi suruh duduk yang kat laut ni sebab konon konon kalau jadi pape pun dalam laut. Tak sakit kalau jatuh. Choiiii sungguh.
Oklah berhenti sini dulu ye. Nanti sambung lagi :)
Itu jerr?? Itu jerr?? Omg... Baring guling2 la woiii....hahaha
ReplyDeleteDJ hahahahah benciiiiiiiiiiiiiiiii
DeleteNtah nye. Dahlah cuma letak kaki sebiji, siap genggam tangan xtahan tu. Come on wei. Bukan selalu naik crystal cable car. Hmm ok aku xpenah naik tapi aku memang confirm xgayat ah.
Deletegila ko!! nanti kot aku pengsan ketakutan ke mcm mana? dah satu hal nak sewa crane angkat aku keluar hahaha
DeleteOmaiii mana lokasi RM nyeeeee
ReplyDeletesitu la. sampai atas. sampai temple tu. yang mongji jumpa orang tua kabo dia punya gold tu asli tp kami opkos tak sampai atas. tetinggai bontoh kami nnt panjat tangga
Deletenampaknye ko boleh geng ngan jaesuk hahahah... sampai tutup2 mate bagai dok dlm cable car
ReplyDeletehahhahahaha betul azra. aku mmg geng2 jaesuk & haha dah wei. aku mmg paham sgt perasaan dia. tgk macam lawak kan.
Deletepic no 4 dari bawah mmg kelakar heeee
ReplyDeletehehehehehehe JM, takut tau!!!!
DeleteOH M GEE! Gary! hahaha! cuba rap sikit!
ReplyDeleteHAHAHA. dia siap beli album gary tau!
DeleteMak Hela oiii buju naik cable car kat Ocean Park pun mulut sedia dok mengucap...Hat ni mmg taktau la...grrrrrr
ReplyDeletehaaaaaaa Buju tak cuba ke hat ni???!! ish
Delete